
Sinar Syaaban semakin hampir melabuhkan tirainya. Kini Cahaya Ramadhan semakin hapir menyinari alam semesta di ufuk barat. Kehadiran Ramadhan amat besar ertinya bagi org yg beriman dan cintakan kebenaran. Tiada bulan yg lebih mulia daripada bulan Ramadhan. Kelebihan dan kemuliaanya terbukti dengan nyata dan jelas sepertimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al Quran dan lidah Rasullullah SAW melalui sabda baginda. Didalam sebuah hadis, Rasullullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Sekiranya manusia mengetahui tentang kelebihan yg ada pada bulan Ramadhan, Sudah tentu umatku akan berharap sepanjang tahun adalah Ramadhan."
Generasi Al Quran, khususnya para sahabat Ridzuanullah alaihim ajmain serta para salafus-soleh sentiasa menunggu-nunggu akan kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan sentiasa berdoa agar mereka diberi kesempatan oleh Allah SWT dapat hidup dan menghayati Bulan Ramadhan. Jiwa dan perasaan mereka sentiasa berkobar-kobar untuk menghidupkan Ramadhan Al Mubarak dengan penuh ketakwaan.
Jesteru itu setiap individu muslim semestinya mengunakan peluang yang terbaik ini untuk menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini dengan penuh kesyukuran serta berazam untuk menghayati Ramadhan dengan penuh perancangan dan penghayatan yang sebenar. Tanpa keazaman yang tinggi serta sifat ketakwaan yang mantap, kita tidak akan dapat menghidupkan amalan di bulan Ramadhan dengan penuh keikhlasan. Jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Kita tidak sepatutnya hilang fokus dan hala tuju.
Ramadhan didatangkan oleh Allah SWT untuk membentuk dan melahirkan insan bertakwa. Penuhilah sepanjang bulan Ramadhan tahun ini dengan ibadat-ibadat yang terancang seperti amalan puasa di siang hari, manakala malamnya kita hidupkan dengan amalan Solat Sunat Terawikh berjemaah, bertadarus Al Quran, Qiyamullail, memperbanyakan amalan bersedekah serta lain-lain sunah yang dianjurkan oleh Syariat Islam.
Sesunguhnya kedatangan Ramadhan dan ibadat puasa tidak akan datang apa-apa makna dan kesan tanpa disertai keinginan hati untuk bertakwa dengan bersunguh-sunguh kepada Allah SWT. Sifat takwa atau perasaan takutkan kemurkaan Allah SWT dan ingin mencari keredhaanNya hendaklah dipupuk dan dijadikan matlamat utama dalam perlaksanaan ibadat puasa, malah dalam apa juga ibadat sekalipun. Tanpa meletakan fokus dan matlamat ini dengan kukuh dan jelas, ibadat puasa Ramadhan akan hanya menjadi satu amalan rutin tahunan sahaja. Oleh hal yg demikian bangunkanlah dan suburkanlah jiwa kita dengan menjadikan kedatangan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini sebagai pemangkin wasilah terbaik untuk menjana dan memperkasakan iman kita kearah menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Petikan Dari :- siri Tazkirah Ramadhan SUARA AL MUTTAQIN
History of Alfa Romeo
16 years ago
One Responses to "SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK"